Thursday 25 December 2014

Banjir di Kelantan 2014

Assalamualikum semua. Aisyah kat sini harap semua orang dapat doakan keadaan di Pantai Timur dan Malaysia kita ni okey balik. Allah tu Maha Besar. Tiada siapa pun dapat menandingiNya.. Mcam yang sedia maklum, sebelum ni pernah terjadi banjir terbesar pada tahun 2004, tapi pada tahun ni lagi teruk daripada 10 tahun yang lepas. Allah buat sesuatu itu ada hikmah. Kita semua kenalah muhasabah diri. Mungkin selama ni kita lalai, banyak buat benda lain selain mengingati Allah. Bila Allah dah turun amaranNya mula lah kita rasa gelisah, tak tentu arah. Allahu, ini baru banjir, Hari kiamat macam mana? Allahuakbar. Sesunggunya Allah Maha besar lagi Maha berkuasa.

      Lepasni Aisyah harap sangat2, kat Malaysia ni mohon kurangkan program2 hiburan. Bukan salah nak berhibur, tapi ada caranya :) Islam itu mudah, Islam itu indah. Hmm, lagipun bumi kita ni pun dah tua. Ada area kat Kelantan yang tak pernah banjir sebelumni, tapi tahun ni banjir je rumah dia. Bila ALLAH kata 'kun fayakun' jadi, maka jadila ia. Allahu.. Mohon doakan kesejahteraan negara kita. Sesunggughnya Allah itu Maha Mendengar. Kami rakyat kelantan kat sini tidur malam dah tak macam dulu dulu. Nak tidur pun rasa takut. Tapi bila ingat , aku ada Allah Alhamdulillah hati jadi tenang.

       Ya Allah, selamatkanlah bumi Malaysia. Ampunilah dosa kami, dosa pemimpin pemimpin kami dan seluruh umat Islam ya Allah, Sungguh, kami lalai ya Allah. Ampuni kami. Kami terima apa jua ujian Mu jika itu yang terbaik buat kami ya Allah, Pulihkan keadaan di Malaysia seperti sedia kala ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun...........

       Perbanyakkan lah istighfar, astaghfirullahal 'zim.. semoga Allah ampuni dosa dosa kita. Hanya Allah yang mengetahui segalanya, Semoga segala urusan dipermudahkan. Ameen Ya Allah. :'(

-muchlove,
misspinky

Friday 19 December 2014

Result PT3 2014

Assalamualaikum semua. Lagi dua tiga hari lagi result PT3 yg first batch punya ni nak keluaq dah. Selami ni mmg ada baca pasal gred PT3 ni. Banyak pulak tuh. Tapi aku rasa gred tu fake kut sebab ada yang gred rendah sangat mmg x masuk akal la kan? Cemana nak masuk akal kalau kt gmbr tu cakap dapat markah 50% dah A. HAHAHA orang atasan pun buat keputusan gred tu pun mestilah diorang discuss, mana baik mana buruk. Aku harap sangat dapat result baik2 aje. Aku taknak la buat parents sedih sebab result aku, diorang banyak dah berjasa pada akuu . Banyak sangaaaat. Sampai tak terbalas dan tak termampu nak balas, Sebabtu kejayaan anak2 tu yg mmg dpt menggembirakan hati parents, kan? Parents mana tak happy tgk result cemerlang anak2 dia kan? Aku pun harap macamtu la. Yang penting teruskan doa, semoga Allah makbulkan doa itu.

       Pasal straight A's ke tidak itu nombor dua. Yang penting D.U.I.T (Doa, Usaha, Istiqamah, Tawakkal) kita dah buat. Jangan lah pulak kau tak usaha tetibe je nak tawakkal haa salah konsep tu dik hehehe. Semoga dengan segala usaha, restu mak ayah cikgu family semua dan diiringi doa, in shaa Allah ada lah rezeki tu. Kalau tak straight pun, jangan sedih sebab mungkin Allah nak uji, Ingat, Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan dengan kesanggupannya ^_^

        Mungkin rezeki Allah bagi lebih dekat SPM ke kan? Who knows? Yang penting jangan putus berdoa. In shaa Allah, Allah bantu kita :) Ingat, Allah dan tentukan yang terbaik untuk kita. Kita perlu redha dengan apa jua  sekalipun yang berlaku. Ni semua pun ingatan untuk diri aku juga. Kita hidup ni kan saling mengingati kan? ;) k lah, till we meet again guys, assalamualaikum.

muchlove,
misspinky

Thursday 18 December 2014

Melody Of Milly: Lirik Lagu Mungkinkah - Raqib Majid

Melody Of Milly: Lirik Lagu Mungkinkah - Raqib Majid: Raqib Majid - Mungkinkah Datang dan pergi seperti sang bayu Tak beraturan tanpa arah Merasakan cinta dalam kehidupan Kadang ku bahagia...

Tuesday 16 December 2014

Lirik Lagu Mungkinkah - Raqib Majid

Raqib Majid - Mungkinkah

Datang dan pergi seperti sang bayu
Tak beraturan tanpa arah

Merasakan cinta dalam kehidupan
Kadang ku bahagia kadang ku bersedih

Cintaku hanya ku persembahkan kepadaMu
Yang menciptakanku

Mungkinkah punya waktu
Mungkinkah punya ruang untukku kembali kepadaMu

Adakah sempat aku bertaubat kepadaMu
Kernaku hanya insan yang hina, Ya Allah.

Cintaku hanya ku persembahkan kepadaMu
Yang menciptakanku

Mungkinkah punya waktu
Mungkinkah punya ruang untukku kembali kepadaMu

Adakah sempat aku bertaubat kepadaMu
Kernaku hanya insan yang hina, Ya Allah.






Sunday 14 December 2014

Who's Raqib Majid?

Assalamualaikum semua pembaca blog aisyah (acah2 ramai peminat). Okey sebenarnya takde apa pun aku nak share. Tapi aku nak share la sbb tu aku buat post ni, okey la pada post kali ni, aku nak share kt korang sorang oenyanyi yang baru tapi tak baru sangat tapiiii u guys should listen to his music bcs he is very talented boy for me. He can plays guitar, keyboard haa tu yg aku tauu. Boleh main bola dan dia ni mmg wakil sekolah la dulu. Pandai bertarannum dan pernah ke peringkat antarabangsa masa umur 12tahun lagi. Dan yang terbaru diaaa menang temoat pertama / johan qari Melaka. Alhamdulillah, Allah bagi kelebihan macamtu kat dia kan. Persoalannya siapa dia tu? okey acah je tanya biar lah tajuk post ni dah ada jawapannya pun.

 He's Raqib Majid, Atau nama penuh dia Fakhrur Raqib bin Abdul Majid. Kali ni abang Raqib kita ni keluar dengan album sulung beliau yang bertajuk 'Luahan Rasa'. and its very amazing, awesome. Aku tau sebab aku dah beli. Haaa jadi korang jgn lupa dapatkan album Raqib ookeh? Dalam albun tu menanpilkan 8 lagu beliau, 
 
1) Kulluman
2) Kembali
3) Luahan Rasa (akustik)
4) Mungkinkah
5)Bintang Syurga
6) Hanya Dia
7) Luhan Rasa
8)Bintang Syurga (minus One)

Bagi aku, semua atas tu best. I love all of his song. Bro Raqib ni memang talented. Beliau cuba bawa konsep yang lain dan menarik. Raqib masih lagi membuat lagu dgn menggunakan genre music pop, balada tetapi beliau menghasilkan lirik ketuhanan, Aku suka cara bro Raqib ni sebab macam yang kita tahu, remaja sekarang kan macam pentingkan melody, music dulu then baru tgk lirik. Haa cara menyebarkan dakwah yang baru. Goodjob abang raqib! So lepas ni , in shaa Allah aku akan share lirik dan chord lagu raqib majid. Chord yang simple dan cara strumming pon menarik ^^ setakat ni aku baru jumpa chprd untuk lagu kulluman, mungkinkah dan bintang syurga. Jadi korang mesti dapatkan album Raqib Majid ^_^ hanya RM 21.90 , boleh dapatkan di pasaran, juga di iTunes, Spotify dan Fanpage/insta Raqib Majid. Till we meet again in next post. Assalamualaikum!

muchlove,
-misspinky.

Thursday 4 December 2014

Sains atau Akaun?

Assalamualaikum semua. Blog ni dah bersarang pun hahaha. Memang lama betul tak bukak , almaklumlah busy sangat tahun ni, pt3 la katookann. Tapi alhamdulillah dah habis exam tu selama 3 tahun ni tanpa arah tujunya err. Dah tukar skin, dah edit , dah segalanya. Macam bagi nafas baru gitu hehehe. Tapi sekarang dah nak masuk f4. Mmg cepat sangat ,asa berlalu dan sekarang memang tgh dilema nak pilih aliran. Sn or Acc? Hmm memang itu yang jadi persoalan. Tapi papepun kita tgk result dulu yaaa . Haa , harap korang tak lupa doakan orang katsini ya. Hee, Aku pun dah usha banyak blog pasal ni. Mmg sgt membantu. Tapi aku masih lagi konfius dia punya kelebihan dan kelemahan aliran tu. Harap sesiapa yang arif dalam bidang tu mohon tinggalkan comment ya buat adik yg baru nk mengorak langkah ni. hehe, okeylah, off dulu, ada masa aku ada benda nk share ngen korang. Assalamualaikum :)

-muchlove, 

misspinky